petang tadi, cuaca sejuk. maybe dah nak masuk winter kot. so lepas kelas yang penat plus exam. aku baring dan cover satu badan dengan selimut. cuba untuk tidur. yeap, seperti mahu melupakan semua benda-benda dalam kepala otak aku ni yang buat aku kusut. dan dalam diam. aku hanyut dalam mimpi di petang yang sejuk..2jam lepas tu, aku terjaga sebab terdengar member aku berborak-borak dengan someone. aku diam.cuba untuk sambung tidur. haih, rupanya member aku ni amik peluang bila tiada orang untuk melepas rindu dengan si kekasih yang telah bersarang di hatinya. aku tau salah untuk curi-curi dengar tapi itulah siapa suruh cakap kuat-kuat. sambil aku diam sambung tidur, dengan suara member aku tergelak-gelak. buat aku terfikir. imbas. segala memori dahulu. jeles? entah siapa peduli. lama mereka berbalas rindu. ayat-ayat orang baru bercinta, bodoh tapi manis.
dan aku terus pejam..
....
No comments:
Post a Comment