manusia ni aneh.
semalam
bila orang ada dirumah, gotong royong. yang main najis air sampah yang wangi tolong buang sampah yang bertan-tan di malam hari. dengan naik turun 3 tingkat berturut-turut. sampai tangan pun sakit-sakit harini. dan korang hanya menyemak didapur yang sempit kononnya menolong nak bersih dapur walhal 2org je cukup. tak perlu 4org.
dan harini
bila korang keluar pergi rehearsal apa tah untuk esok. walhal hal rumah yang tak siap-siap lagi ni korang tinggalkan.bila aku beri duit lebih untuk buat juadah beraya esok, dan aku tanya idea nak masak apa untuk hari raya. korang jawab nanti-nantilah tapi duit masuk poket. dan bila orang lain kelam kabut bersihkan perkakas dapur, tolong masak untuk korang balik berbuka.
korang hanya balik dengan muka ketat. salam pun tidak. bila ajak makan tomyam dan ayam goreng celup tepung buat sendiri korang jawab dah kenyang macam nak gaduh. aku tau korang penat tapi kalau jawab elok-elok maybe sejuk sket.
malas lah aku esok.
nak perap lama-lama.
awak cepat sembuh dan jangan sedih ye
bila awak sakit, keseorangan. saya sedih. saya nak tolong tapi keras macam kayu. saya nak sangat tolong jaga awak. bawak awak ke klinik ke hospital ke. atau teman awak. tolong belikan ubat. buatkan bubur dan hantar ke rumah awak. ikhlas dari saya asal awak terjaga, cepat sihat dan tak sunyi. walaupun awak cakap tak perlu. jangan susah-susah. boleh jaga diri sendiri. dan macam-macam lagi. tapi kenapa saya macam tak berdaya untuk buat semua tu walaupun diri ni risaukan awak dan meronta nak tolong. bila awak sedih, saya sedih. saya nak awak happy je, dan saya pun akan happy kalau awak happy.awak, jaga diri..
petang tadi, cuaca sejuk. maybe dah nak masuk winter kot. so lepas kelas yang penat plus exam. aku baring dan cover satu badan dengan selimut. cuba untuk tidur. yeap, seperti mahu melupakan semua benda-benda dalam kepala otak aku ni yang buat aku kusut. dan dalam diam. aku hanyut dalam mimpi di petang yang sejuk..2jam lepas tu, aku terjaga sebab terdengar member aku berborak-borak dengan someone. aku diam.cuba untuk sambung tidur. haih, rupanya member aku ni amik peluang bila tiada orang untuk melepas rindu dengan si kekasih yang telah bersarang di hatinya. aku tau salah untuk curi-curi dengar tapi itulah siapa suruh cakap kuat-kuat. sambil aku diam sambung tidur, dengan suara member aku tergelak-gelak. buat aku terfikir. imbas. segala memori dahulu. jeles? entah siapa peduli. lama mereka berbalas rindu. ayat-ayat orang baru bercinta, bodoh tapi manis.
dan aku terus pejam..
....
malam ni sejuk lah dan ahad ni exam
tahun 1 tak bole main-main sebab nak adapt dengan environment, budaya dan macam-macam lagi, so kena score awal-awal.tahun 2 pun tak bole na main-main sebab orang cakap tahun 2 subject killer. susah and tak bole carry paper dah bila 3rd year.
tahun 3 memang tak bole main-main sebab final pre-clinical year. so subjek susah sangat and lain daripada 1st and 2nd year.so kena study awal-awal.
tahun 4 tak bole main-main sebab 1st clinical year so kena bagi tumpuan lah dengan suasana baru, cara sistem pembelajaran baru.
tahun 5 tak bole main-main sebab orang cakap university aku tahun 5 paling susah dalam banyak-banyak tahun.
tahun 6, tahun akhir. final. memang lahh tak bole main-main nak cover untuk seluruh tahun, atau nak repeat setahun lagi?
abes tu bila korang ada masa nak jalan-jalan lepak-lepak enjoy-enjoy spend masa sama-sama?
haih.. bosan betul.
bukan mimpi basah
dalam seminggu ni
hampir setiap malam awak ada dalam mimpi saya
semua nya seperti
saya hanya mampu melihat
melihat diam
kenapa
hampir setiap malam awak ada dalam mimpi saya
semua nya seperti
saya hanya mampu melihat
melihat diam
kenapa
1.11.09
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Haapy Birthday to ngade
Happy Birthday to you
Happy 21st Birthday
=)
take care ye awak
Happy Birthday to you
Haapy Birthday to ngade
Happy Birthday to you
Happy 21st Birthday
=)
take care ye awak
Subscribe to:
Posts (Atom)
